Sebelum
YB Mahfuz Berdebat Biar Saya Berhujah Dulu...
Seminggu
dua ini sibuk orang memperkatakan soal hak istimewa melayu. Perkara sensetif ini
telah banyak dipolitikkan daripada dibincang secara ilmiah dan jujur. Walau
bagaimanapun pada pandangan saya perkara yang paling layak disebutkan ialah isu
ini sebenarnya berkisar tentang HAK ISTIMEWA UMNO dan bukannya orang melayu. Saya
akan perturunkan di bawah beberapa senario dan persoalan untuk dijawab oleh UMNO
(Hisamuddin Auwwww???) atau yang sewaktu dengannya.
- Kenapa bila anak-anak kita minta sokongan
ketua kampung, penghulu dsb. untuk mendapatkan biasiswa MESTI dipastikan
ianya anak ahli UMNO. Dimana istimewanya menjadi melayu (mamak pun kalau
umno semua boleh).
- Kenapa bila memohon jawatan kerajaan, bila
diketahu calon itu bukan penyokong UMNO atau anak ahli pembangkang, pasti
ditolak (malah siasatan pra kelayakan untuk temuduga pun dipastikan ianya
mesti UMNO). Dimana istimewanya menjadi melayu???
- Kenapa bila memohon lesen (apa-apa lesen saja
la terutama yang besar-besar), mesti disahkan ianya UMNO. Dimanakah
istimewanya melayu???
- Selepas sahaja pilihanraya, orang-orang UMNO
akan melakukan kerja blacklist terhadap mana-mana individu yang tidak
menyokong mereka. Kalau boleh sebarang perniagaan disekat, lesen boleh ditarik
balik dan macam-macam lagi. Ada sesiapa dengar ahli MCA berbuat perkara yang
sama kepada penyokong DAP. Dimana istimewanya menjadi melayu???
- Kalau sesebuah kampung itu menyokong
pembangkang, semua kemudahan disekat. Jalan tidak diturap, projek pprt jauh
sekali, kalau kemudahan asas yang lain-lain belum ada pasti disekat. Mungkin
kampung itu cuma 60% aje yang sokong pembangkang. Pernah ke perkara sedemikian
dilakukan di bandar-bandar besar seperti ipoh yang menyokong DAP. Bila kalah
aje BN jangan cuci longkang, tutup lampu jalan, sampah jangan angkut dsb.
Dimanakah istimewanya menjadi melayu???
- Macam kelantan dan trengganu tu...bila
pembangkang memerintah, segala bantuan disekat. Baja subsidi tak diberi, duit
yang sepatutnya diberi di tarik balik. (malas nak ulas panjang-panjang). Siapa
penghuni kedua-dua negeri tersebut. Dimanakah istimewanya menjadi melayu????
YANG PALING PENTING IALAH SIAPA SEBENARNYA YANG
MEMPERTIKAIKAN HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU. TIDAK LAIN TIDAK BUKA IALAH MAHATHIR
SENDIRI. SEMAK KEMBALI UCAPAN BELIAU KETIKA ISU PEMBANGUNAN TANAH DI KAMPUNG
BARU. DIA KATA DENGAN ADANYA HAK ISTIMEWA MELAYU NI, KAUM MELAYU SEBENARNYA
MACAM RED INDIAN. TAK BOLEH MAJU, MUNDUR, DAN KETINGGALAN ZAMAN.DIA SURUH BUANG
MENTALITI SUBSIDI INI KALAU NAK MAJU. MEMPERKATAKAN HAK ISTIMEWA MELAYU IALAH
KITA TAK DAPAT LARI DARI MEMPERKATAKAN TENTANG SUBSIDI (WALAU DALAM APA BENTUK
SEKALI PUN).
sekian dulu buat masa ini. Netters yang lain pastinya boleh
menyambung hujah ini dengan lebih bernas lagi.
Wassalam
KerisSumbing
|